Nutrisi untuk mommy yang menyusu sangat mengelirukan. Persoalan demi persoalan yang timbul. Berapa banyak yang perlu mommy makan? Apakah makanan yang perlu mommy elakkan? Bagaimana diet mommy boleh menjejaskan baby? Mari ikuti petua permakanan bagi mommy-mommy yang menyusu.
Sumber : outmapletree.com
Edit by: Haffeza Termizi
Tips ini bersumberkan daripada kakitangan Klinik Mayo.
Jika mommy sedang menyusukan baby, ini bermakna mommy sedang memberikan nutrien kepada baby untuk menggalakkan pertumbuhan dan kesihatannya. Jadi mommy perlu tahu permakanan yang terbaik bagi memastikan baby mendapat nutrisi yang mencukupi daripada anda.
Asas permakanan nutrisi bagi mommy menyusu.
Semasa menyusu perlukah mommy kalori tambahan?
Of course perlu, mommy mungkin perlu makan lebih sedikit iaitu tambahan 400 hingga 500 kalori sehari. Ini bagi tujuan untuk mengekalkan tenaga mommy yang menyusu.
Sumber : sydneytage.edu.au
Bagaimana?
Mommy perlu mendapatkan kalori tambahan dengan memilih makanan yang kaya dengan nutrien, contohnya roti gandum yang disalut dengan mentega kacang (kira-kira 16 gram atau sesenduk), pisang bersaiz sederhana atau epal, dan kira-kira 227 gram yogurt.
Apa yang mommy perlu makan?
Mommy perlulah fokus makanan yang sihat untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu. Pemilihan makanan yang kaya protein, seperti daging tanpa lemak, telur, tenusu, kacang dan makanan laut yang rendah merkuri. Perbanyakkan pengambilan biji-bijian serta buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalan membasuh buah-buahan dan sayuran adalah penting untuk mengurangkan pendedahan kepada racun makhluk perosak. Oja gunakan Basic-H Shaklee untuk membersih sayuran dan buahan dari racun perosak.
Bersih buah menggunakan Basic H
Pelbagaikan jenis makanan membantu mengubah rasa susu mommy. Ini akan membantu baby lebih menyukai susu mommy dan menambahkan selera yang berbeza kepada baby.
Pakar penjagaan kesihatan mungkin mengesyorkan vitamin pranatal yang perlu diambil setiap hari untuk memastikan mommy dan baby mendapat semua vitamin yang perlukan. Shaklee mempunyai set pranatal untuk mommy yang menyusu.
Berapa banyak cecair yang diperlukan mommy ketika menyusu?
Kekerapan minum air kosong membantu ketika meyusu. Jika air kecing mommy kelihatan kuning gelap banyakkan lagi minum air kosong. Minum sebelum anda merasa dahaga. Pastikan mommy sediakan segelas air berdekatan apabila mommy menyusu baby ini kerana mommy mudah berasa dahaga ketika meyusu. Mommy perlu berhati - hati memilih minuman yang mempunyai kandunga gula yang banyak kerana ia boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan. Ia boleh sabotaj usaha anda untuk menurunkan berat badan semasa kehamilan. Minuman berkafein juga boleh mengganggu proses penyusuan mommy. Perlulah hadkan 2 hingga 3 cawan minuman berkafein sehari. Kafein akan mengganggu tidur baby.
Bagaimana diet vegetarian bagi penyusuan mommy?
Jika mommy sedang mengikuti diet vegetarian, pastikan pemilihan makanan yang memberikan nutrien yang diperlukan oleh mommy menyusu. Contohnya:
Pilih makanan yang mempunyai zat besi, protein dan kalsium. Sumber zat besi yang baik termasuklah produk bijirin, kacang, sayuran hijau gelap dan buah yang dikeringkan. Mommy juga perlu mendapatkan zat besi yang tinggi di mana ia boleh diperolehi dalam vitamin C seperti buah sitrus. Perbanyakkan makanan berprotein seperti telur, dan produk tenusu atau sumber tumbuhan seperti produk soya dan pengganti daging, kekacang, bijirin. Kalsium juga terdapat dalam produk tenusu dan sayuran hijau gelap. Mommy digalakkan pengambilan bijirin, yogurt soya dan juga tauhu.
Buah sitrus. Sumber : sixpacksmackdown.com
Mommy yang mengamalkan diet vegetarien yang tidak mencukupi pengambilan pemakanan mungkin dicadangkan oleh pakar nutrisi untuk mengambil Vitamin B-12 secara harian. Ini kerana vitamin B-12 didapati kebanyakkan dalam produk haiwan, jadi sukar untuk
mendapatkan cukup dalam diet vegetarian. Kepentingan Vitamin
B-12 adalah untuk perkembangan otak baby.
Vitamin D juga penting yang boleh diperolehi dari susu lembu dan beberapa bijirin. Jika mommy kurang pendedahan kepada cahaya matahari kemungkinan mommy memerlukan suplemen vitamin D. Baby memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium dan fosforus. Jika terlalu
sedikit vitamin D yang diperolehi ia akan menyebabkan riket, melembutkan dan melemahkan tulang.
Perlukan konsultasi pengambilan suplemen yang penting bagi mommy yang menyusu, boleh hubungi Haffeza Termizi 0139831024.