Minyak Ikan Omega 3 bantu kurangkan kegemukan.


Sumber : Alina Petre (12 Sept 2017)

Minyak ikan biasa ditemui di pasaran. Minyak ikan kaya dengan asid lemak Omega 3 yang memberi manfaat terhadap kesihatan termasuklah, kesihatan jantung, otak, kulit dan juga membantu untuk penurunan kemurungan. Penyelidikan mengatakan Omega 3 ini memudahkan seseorang menurunkan berat badan walaupun tidak semua penyelidik sebulat suara menyokongnya. 

Asid lemak omega 3 adalah lemak penting bagi kesihatan manusia. Kepelbagaian lemak omega 3 tetapi paling penting adalah dua kategori berikut:

1. ASID ALPHA-LINOLENIK (ALA)
ALA boleh didapati dalam pelbagai tumbuhan seperti kekacang walnut dan chia seed

2. ASID EICOSAPENTAENOIC (EPA) dan ASID DOCOSAHEXAENOIC (DHA)
EPA dan DHA boleh ditemui di dalam minyak ikan atau ikan berlemak. Ia juga terdapat dalam makanan laut, alga dan minyak alga.

ALA penting disebabkan oleh badan anda tidak menghasilkannya. Anda boleh mendapatnya melalui diet permakanan anda. Sebaliknya EPA dan DHA secara teknikalnya ia dianggap penting kerana tubuh anda menggunakan ALA untuk menhasilkan EPA dan DHA. Namun ia tidak berapa berkesan kerana hanya 2-10% ALA dari yang anda makan akan bertukar kepada EPA dan DHA. Atas sebab berikut ramai pakar kesihatan menasihatkan untuk mengambil 200-300mg EPA dan DHA setiap hari. Anda boleh mengambil 200-300mg EPA dan DHA dengan memakan dua bahagian ikan berlemak setiap minggu atau dengan pengambilan suplemen. Peranan EPA dan DHA adalah penting dalam perkembangan fungsi otak dan mata. Kemurungan dan kanser payudara juga dapat dicegah dengan mendapatkan minyak ikan yang mencukupi setiap hari.

Omega 3 kurangkan selera makan dan kurangkan rasa lapar. Pengambilan Omega 3 membuatkan anda terasa kenyang sehingga 2 jam selepas makan. Omega 3 akan meningkatkan metabolisme anda. Semakin tinggi kadar metabolisme anda, lebih banyak kalori yang dibakar dan mudah untuk menurunkan berat badan. Minyak ikan boleh meningkatkan kelajuan metabolisme anda. Metabolisme yang lebih cepat dapat membantu anda membakar kalori setiap hari dan berpotensi kehilangan lebih banyak berat badan. Kajian mengatakan bahawa pengambilan suplemen minyak ikan dalam kombinasi dengan senaman adalah lebih berkesan untuk mengurangkan lemak badan berbanding anda hanya melakukan senaman sahaja.  


Ingat, senaman berserta pengambilan Omega 3 hanya membantu tetapi usaha untuk menurunkan berat badan perlulah dengan mengambil pemakanan diet yang sihat. Air masak perlulah diminum dengan kerap untuk mendapatkan berat yang diidamkan. Jika anda berminat mendapatkan konsultasi dari saya pengedar sah shaklee, Whatsapp saya Haffeza Termizi di talian 0139831024