Susu ibu menyediakan nutrisi yang terbaik untuk bayi. Ia mengabungkan vitamin, protein dan lemak yang hampir sempurna untuk perkembangan bayi anda. Susu ibu disediakan dalam bentuk mudah dicerna berbanding susu formula. Bayi yang mendapat susu ibu lebih kuat antibiotiknya berbanding bayi yang meminum susu formula. Antibiotik yang kuat dapat melawan virus dan bakteria. Susu ibu dapat mengurangkan bayi terdedah kepada risiko serangan asma atau elergi.
American Academy of Pediatricians dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) menyarankan bayi mendapat penyusuan ibu secara eksklusif 6 bulan pertama usia bayi. Penyusuan ekslusif bermakna penyusuan susu ibu tanpa mengambil makanan pejal, susu formula atau air. Bayi yang menyusu secara eksklusif kurang mendapat jangkitan telinga, penyakit penafasan dan serangan cirit birit.
Penyusuan ibu telah dikaitkan dengan skor IQ yang lebih tinggi pada zaman kanak-kanak menurut beberapa kajian lebih-lebih lagi penyusuan ibu melibatkan pendekatan fizikal, sentuhan kulit ke kulit dan hubungan mata ke mata. Bayi anda merasakan lebih selamat dan rasa disayangi apabila mendapat penyusuan susu ibu.
Satu keratan surat khabar (seperti gambar) menyatakan bahawa "Kanak - kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun". Kanak - kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, serta perkembangan kreatif.
Sumber: gerobokhanim.com
Manfaat susu ibu, bayi lebih mudah mendapat berat badan yang tepat bersesuaian dengan perkembangan umur bayi kerana mereka mendapat nutrisi yang sepatutnya dari susu ibu. Ada pendapat mengatakan bahawa penyusuan ibu dapat mengurangkan sindrom kematian bayi secara tiba-tiba. Banyak berita yang kita baca di dada akhbar yang melibatkan kematian bayi akibat tersedak susu (seperti gambar).
Sumber: ummunuraini.blogspot.com
Manfaat penyusuan bayi terhadap ibu adalah ia membantu pembakaran kalori tambahan yang membantu para ibu mengurangkan berat badan semasa kehamilan dengan lebih cepat. Semasa menyusu, hormon oxytocin dikeluarkan yang mana membantu rahim ibu kembali ke saiz pra-kehamilan dan boleh mengurangkan pendarahan rahim selepas kelahiran. Penyusuan ibu secara esklusif juga membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari. Pengambilan pemakanan secara sihat semasa proses penyusuan juga membantu mengurangkan risiko osteoporosis.
Apabila anda mengetahui manfaat penyusuan susu ibu kepada bayi, ia serba sedikit mendorong anda untuk berusaha menyusukan bayi anda secara eksklusif. Saya menyediakan konsultasi set menyusu shaklee secara percuma jika anda berminat bolehlah menghubungi saya Haffeza Termizi 0139831024.