Sendi menurut Carol Eustice dan Grant Hughes (2017), ditakrifkan sebagai persimpangan di mana dua atau lebih tulang bersatu untuk tujuan pergerakan atau untuk kestabilan. Penguncupan otot melintasi sendi menyebabkan ia bergerak. Fungsi sendi secara normal adalah berupaya untuk bergerak sepanjang rentang gerakan, menanggung berat dan melakukan kerja. Namun, apabila usia semakin meningkat fungsi sendi ini terganggu menyebabkan kesakitan dan keperitan yang membuatkan aktiviti harian anda tidak selesa. Asid lemak Omega 3 memberi manfaat yang besar ke atas kesihatan sendi anda.
Menangani Keradangan

Artritis berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud keradangan. Keradangan merupakan penyebab utama berlakunya sakit sendi. Ia meyerang tulang rawan yang kuat dan fleksibel di dalam dan sekitar sendi. Apabila ia terjadi ia kelihatan bengkak, merah dan mengalami kesakitan. Omega 3 membantu mengatasi masalah keradangan dengan mengurangkan pengeluaran eikosanoid and cytokine yang menyebabkan degradasi rawan dan sakit sendi. Omega 3 juga membantu mengurangkan tanda-tanda keradangan.
Pelincir Sendi
Omega 3 umpama pelincir yang dipanggil cecair sinovial. Apabila Omega 3 memasuki aliran darah, mereka melindungi dan melincirkan sel-sel badan anda. Maka ia menjadikan pergerakan sendi yang lebih selesa dan mengurangkan kesakitan sendi dan ia boleh beregerak dengan bebas.
Kurangkan Kekejangan Sendi
Oleh kerana fungsi Omega 3 hebat ia dapat menjadikan keradangan lebih mudah diurus. Ia membendung masalah kekejangan dan sakit sendi serta mengurangkan kekejangan sendi. Omega 3 ini dilihat meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan anti radang.
Galakkan Pergerakan dan Kelenturan Sendi
Asid lemak Omega-3 akan bergabung bersama sel yang membentuk rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa dalam mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.
Jika berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee anda bolehlah menghubungi SID sah anda Haffeza Termizi di talian 0139831024.