Bagaimana menyimpan dan menggunakan susu ibu perahan (EBM). Saya kongsikan bagaimana ibu perlu menyimpan dan menggunakan EBM dengan selamat.
Sumber rujukan daripadaDina DiMaggio (American Academy of Pediatric 2016)
Sumber gambar dari BabyCenter Medical Advisory Board.
Langkah 1
Sebelum mengepam susu, perlulah basuh tangan dan cuci bekas penyimpanan susu dengan teliti.
Langkah 2
Labelkan tarikh pada setiap botol penyimpanan (storage bottle) @ beg penyimpanan liner (storage bag) dan letakkan nama anak anda sekiranya anda menghantar bayi anda ke pusat asuhan atau rumah pengasuh. Gunakan pelekat untuk melabelkan botol sekiranya menggunakan storage bottle.
Langkah 3
Simpan susu perahan ke dalam storage bag atau storage bottle yang telah dilabelkan. Anda disarankan supaya menyimpan susu ibu dalam kelompok yang kecil
iaitu disyorkan 2 hingga 4 auns bagi mencegah pembaziran. Jika terdapat baki
susu yang tinggal dalam botol selepas bayi anda selesai menyusu ianya harus
digunakan dalam masa 2 jam.
Langkah 4
Dinginkan atau sejukkan susu perahan. Susu
yang baru dipam boleh kekal pada suhu bilik 25°C selama 4 jam, kadang - kadang ia boleh bertahan sehingga 6 - 8 jam dalam bilik berhawa dingin tetapi lebih baik untuk di sejukkan secepat mungkin bagi menjaga kualiti susu.
Susu ibu boleh diletakkan di dalam peti sejuk bahagian bawah (chiller) iaitu 4°C. Ia boleh bertahan di bahagian chiller dalam masa 4 hari, tetapi ia juga boleh disejukkan sehingga 8 hari. Di sarankan selama 4 hari sahaja.
Langkah 5
Keluarkan susu dari peti sejuk chiller untuk memberi susu perahan kepada bayi anda. Cara memanaskan susu perahan dari peti sejuk:
Tempatkan botol di dalam mangkuk air suam atau alirkan air suam pada botol tersebut. Ketuhar gelombang mikro adalah tidak selamat digunakan bagi pemanasan susu perahan kerana risiko kepada bayi anda meminum susu terlalu panas tambahan pula jika susu didedahkan kepada suhu yang terlalu panas dikhuatiri kualiti susu perahan berkurangan.
Keluarkan susu perahan dari peti sejuk
Rendamkan dalam air suam
Tuangkan ke dalam botol susu untuk diberikan kepada bayi anda
Goncang dahulu sebelum diberikan kepada bayi anda.
Sekiranya anda tidak menggunakan susu perahan selama 24 jam, bekukan susu perahan tersebut. Susu perahan akan mengembang apabila dibekukan, maka jangan isi susu perahan terlalu penuh di dalam storage bottle atau storage bag. Pastikan ada ruang di dalamnya.
Di ingatkan susu perahan perlu disimpan di bahagian dalam peti sejuk bukan di bahagian pintu peti sejuk. Susu yang dibekukan dalam peti sejuk yang mempunyai pintu yang berasingan (0°F or −18°C), susu perahan boleh bertahan selama 9 bulan. Jika menggunakan chest atau deep freezer (−4°F or −20°C), susu perahan boleh dibekukan selama 12 bulan.
Untuk mencairkan susu perahan dari penyejuk beku, letakkan susu beku semalaman di bahagian chiller. Ulang langkah yang sama iaitu letakkan botol@beg susu yang telah cair ke dalam mangkuk air suam atau alirkan air suam ke atasnya. Sekali lagi, pemanasan menggunakan Ketuhar gelombang micro adalah tidak selamat.
Setelah susu beku dicairkan, susu boleh diletakkan di dalam peti sejuk dan perlulah digunakan dalam masa 24 jam. Boleh dirujuk jadual penyimpanan EBM seperti di bawah:
Jika berminat untuk mencuba set menyusu shaklee, bolehlah menghubungi Haffeza di talian 0139831024.