Tips Menyusu di bulan Ramadan

Mungkin ibu-ibu yang bekerjaya merasakan susah baginya untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Tambahan pula apabila tiba di bulan Ramadhan. Melalui blog ini Oja kongsikan bagaimana caranya untuk pastikan para ibu menyusu kekal sihat bertenaga sepanjang hari ketika berada di bulan Ramadan dan disamping itu dapat menghasilkan susu ibu yang berkualiti. 


Amalan permakanan. 
Apabila berada di bulan Ramadan, kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk meminum air yang banyak. Oleh yang demikian, ibu-ibu perlulah mengelakkan memakan makanan yang pedas, bergoreng atau berminyak, dan juga berempah. Ini kerana makanan tersebut memerlukan air yang banyak untuk memprosesnya dalam sistem penghadaman kita.

Rajinkan diri untuk mengepam susu. 
Di samping kita beribadat ketika malam hari di bulan Ramadan, mengepam susu juga merupakan satu ibadat di mana kita mempunyai niat untuk memastikan bayi kita mendapat bekalan susu yang mencukupi dan berkualiti. Ia dikenali juga sebagai 'Power of Pumping'. Ia bermaksud amalan mengepam susu dapat membantu memperbanyakkan susu ibu. Ia boleh dilakukan sekali seminggu selama satu jam di antara jam 11 malam sehinggalah 5 pagi. Kebanyakkan ibu yang bekerja akan mengambil masa untuk mengepam susu ketika malam hari untuk bekalan susu kepada bayi ketika berada di rumah pengasuh ataupun di tempat asuhan. Amalan mengepam susu semasa siang hari juga adalah penting bagi memastikan stok susu bagi anda mencukupi. Gunakan waktu rehat anda sebaik-baiknya bagi tujuan menyusu bayi. 

⬺ Makanan tambahan ataupun supplemen.
Mengapa supplemen penting pada ibu yang menyusu? Supplemen penting untuk kesihatan ibu dan bekalkan tenaga kepada ibu, ia juga membantu dalam penambahan susu ibu. Tidak cukup dengan itu ia juga menghasilkan susu ibu yang berkualiti kepada bayi anda. Anda boleh mencubanya sendiri, dan anda boleh membandingkan warna susu anda ketika tidak mengambil supplemen dengan mengambil supplemen. 

Amalan yang anda boleh ikuti:

Bersahur
1. Kisar kurma, susu segar, Oat, Kismis bersama 1 1/2 sudu ESP Shaklee. Amalkan setiap kali bersahur dan juga berbuka. Anda boleh lengkapkan lagi supplemen anda dengan set menyusu Shaklee. 


Gambar 1: Kurma, Susu segar, Oat, Kismis dan juga ESP

Set menyusu ibu shaklee terdiri daripada:

1. Vit C
Sebagai satu antioksidan yang kuat, Vitamin C merupakan nutrien yang berfungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

2. Vita-lea
Vita-lea diformasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa

3. Alfafa Complex
Sumber semulajadi dari alfafa. Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu.

4. B-complex
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain


Gambar 2: Set menyusu ibu.

⬺Air Masak yang mencukupi
Minum air masak sebanyak 3.5 liter sehari untuk pastikan penghasilan susu yang mencukupi. Pengambilan 250ml sekali bermula waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur.

 Gambar 3
Sumber: www.edz.com.my

⬺Amalan doa supaya perbanyakkan susu ibu
Kita berusaha tapi jangan lupa memohon kepadaNya. Amalkan doa untuk perbanyakkan susu ibu seperti di bawah: 


Berdoalah: “Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan dalam kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AAMIIN”

Menyusu bayi anda pada bulan puasa bukanlah mustahil. Anda mampu memberikan susu yang terbaik bagi bayi anda. Dapatkan set menyusu Shaklee bersama konsultansi percuma dan tips menyusu yang betul dari Oja.

Hubungi HAFFEZA TERMIZI
0139831024